Jumat, 27 Desember 2013

Barack Obama

SHAH ALAM – Republican dan Demokrat akhirnya mencapai kata sepakat untuk membuka semula kerajaan Amerika Syarikat, malam ini, kata Presidennya, Barack Obama.

Obama berkata demikian pada kemas kini status laman mikro Twitternya, kira-kira jam 11.10 pagi waktu Malaysia.

“Malam ini, Republican dan Demokrat dalam Kongres (Dewan Rakyat) telah mencapai kata sepakat untuk membuka semula kerajaan kita,” tulisnya.

Pada jam 10.48 pagi tadi pula Obama mengucapkan terima kasih kepada rakyat AS kerana suara mereka didengari.

“Terima kasih kepada jutaan rakyat Amerika yang membuat suara mereka didengari dan membantu menamatkan penutupan kerajaan.

“Sekarang, mari kembali bekerja,” tulisnya.

Dalam laporan berita yang dipetik dari BBC, Kongres AS dikatakan telah meluluskan rang undang-undang untuk membuka kembali kerajaan dan menaikkan had hutang Persekutuan.

Undi dibuat kedua-dua parti menunjukkan kelulusan sebanyak 81 undi setuju dan 18 menolak.

Sebelum ini, AS lumpuh selepas Kongres gagal meluluskan Bajet Khas Persekutuan berikutan perbalahan berhubung rang undang-undang Penjagaan Kesihatan Obama (Obamacare).

Kegagalan fungsi kerajaan itu pertama kali berlaku dalam tempoh 17 tahun.

Categories: , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!