Tampilkan postingan dengan label terkejut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label terkejut. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

KHALWAT: Tunang Terkejut, Beri Peluang Shah Jaszle Buat Penjelasan

KUALA LUMPUR – Tunang kepada Shah Jaszle, Redzwani Puteri mengesahkan dia bukanlah wanita yang ditangkap khalwat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bersama aktor kacak itu di Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi, Khamis lalu.
Malah, Redzwani Puteri atau lebih mesra dengan panggilan Wani akui terkejut selepas mendapat tahu tentang berita tersebut.
“Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu.
“Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah.
“Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan kepada Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Penangkapan itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasaan JAIS menerima aduan pihak awam. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Meskipun dihenyak dengan pelbagai reaksi dan komen daripada ramai pihak termasuk peminat Shah, Wani bagaimanapun memberitahu dia masih tenang menerima berita itu dan masih sabar unyuk menunggu penjelasan tunangnya itu.
“Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas.
“Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak,” jelasnya lagi.
Wani dah Shah mengikat tali pertunangan pada 8 Disember tahun lalu.
Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu. – Murai.com.my

Minggu, 29 Desember 2013

myMetro

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul dan cuba merogol anak perempuan tunggalnya yang tinggal bersamanya sejak kematian isterinya sebelum melarikan wang tunai bernilai RM1,000 yang disimpan mangsa untuk perbelanjaan perkahwinan dalam kejadian di Pantai Dalam, semalam.

Mangsa berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dibawa pulang dari kerja oleh bapanya itu kira-kira jam 3 petang.

Ketika itu, bapa mangsa yang berusia 50-an tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik kepada mangsa dan mereka berdua makan di rumah seperti biasa.


Sumber polis berkata, selepas menonton televisyen berdua, mangsa masuk ke biliknya untuk tidur manakala bapa mangsa pula tidur di ruang tamu rumah namun kira-kira jam 4 pagi, mangsa tersedar dari tidur selepas merasakan pahanya diraba.

“Mangsa yang ketakutan menjerit memanggil bapanya namun dia terkejut selepas nampak individu yang merabanya itu adalah bapanya sendiri,” katanya.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!