Tampilkan postingan dengan label kedah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kedah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Isnin, 3 September 2012

 



Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA lihat DISINI, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah malam ini dipenuhi dengan lautan manusia.

Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.Greenboc

Selasa, 24 Desember 2013

Malaysiakini  Apr 3 2013


Sekiranya perkiraan dibuat berdasarkan majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat sudah selamat di sekurang-kurangnya 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk sekali lagi menang mudah.

Di atas kertas, Pakatan hanya perlu mengekalkan status quo yang dimenangi dalam pilihan raya lalu sebanyak 22 daripada 36 kerusi.

Walaupun dikatakan masih bergelut dengan masalah dalaman dan situasi "pancung-memancung" dalam pemilihan calon, gabungan itu dilihat masih berdepan berbanding BN yang juga dikatakan sedang menghadapi masalah hampir serupa.

NONE
Ketika cakap-cakap pergeseran antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak-Datuk Phahrolrazi Zawawi - timbalannya dalam PAS - mampu menjejaskan penguasaan mereka, BN juga masih berhempas pulas mengekang cakap-cakap untuk mengetengahkan anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Walaupun masing-masing menafikan, perkara itu tetap mengundang gelisah dan serba salah penyokong di akar-umbi.

Dalam masa yang sama, pertambahan pengundi muda pula masih dilihat memberi kelebihan kepada gabungan PAS-PKR-DAP yang diketuai oleh parti Islam itu berbanding lawan mereka BN.

Kesemua 16 kerusi selesa Pakatan adalah: Bukit Selambau (PKR-12,632 undi), Lunas (PKR-10,323), Tokai (PAS-6,578), Kuala Ketil (PAS-4,880), Anak Bukit (PAS-3,806), Sidam (PKR-3,618), Merbau Pulas (PAS-3,576), Bukit Pinang (PAS-3,399), Sungai Limau (PAS-3,212), Pengkalan Kundor (PAS-3,122), Alor Mengkudu (PAS-2,247), Kupang (PAS-2,094) dan Bandar Baharu (PAS-1,849).
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!