Jumat, 31 Januari 2014

very naughty animals01
very naughty animals02
very naughty animals03
very naughty animals04
very naughty animals05
very naughty animals06
very naughty animals07
very naughty animals08
very naughty animals10
very naughty animals11
very naughty animals12
very naughty animals13
very naughty animals14
very naughty animals15
very naughty animals16
very naughty animals17
very naughty animals18
very naughty animals19
very naughty animals20
very naughty animals21
very naughty animals22
very naughty animals23
very naughty animals24
very naughty animals25
very naughty animals26
very naughty animals27
very naughty animals28
very naughty animals29
very naughty animals32
very naughty animals33
very naughty animals34
very naughty animals36 
sumber

Kamis, 30 Januari 2014

01 Sept 2013

 

  Kecanggihan teknologi dapat dimanfaatkan dalam dunia fashion. Perangkat seperti smartphone merupakan salah satu contoh aksesoris di dunia fashion. Orang-orang jepun, mencuba hal yang kreatif dengan membuat komponen-komponen tertentu terlihat modis dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi dalam fashion mereka.

Berikut Video: Tren Aneh Gigi Dengan Lampu LED di Jepun:

Mereka memanfaatkan Lampu LED yang sesuai digunakan di mulut, dan menjadi trend di seluruh Jepun. Warna lampu LED dapat disesuaikan dengan keinginan kita yang dapat diubah secara nirkabel pada PC dan boleh diaktifkan ketika pemakainya tersenyum. Ketika tersenyum, gigi akan terlihat berwarna. | pulsk.com 
Sumber:Madiun 

Rabu, 01 Januari 2014

sinar harian
22 September 2012
KUALA LUMPUR - Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata, angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian.
"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS. Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka.
Sehubungan itu, Omar berkata, KPT mengambil beberapa inisiatif menyelesaikan permasalahan itu, antaranya giat bekerjasama dengan industri pekerjaan di negara ini bagi memudahkan siswazah mendapat akses peluang pekerjaan.

Namun menurut Omar, antara faktor penyumbang kepada siswazah tidak mendapatkan pekerjaan ialah kerana mereka ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, kelulusan siswazah tidak mengikut kehendak industri serta industri tidak memberi peluang kepada mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Omar berkata tahun ini kerajaan melalui 15 kementerian menyediakan 2,612 kursus di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Bagi memudahkan orang awam memperoleh maklumat berhubung program itu, satu Direktori PSH peringkat nasional sesi 2012/2013 dibangunkan dan bakal dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, katanya.  

Karnival My3L bertemakan Belajarlah Tanpa Henti itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan menyediakan 100 ruang pameran dengan disertai 15 kementerian dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. - Bernama


src="http://static.ak.fbnet/connect.php/js/FB.Share" type


KUANTAN, 19 Julai - Berita panas yang baru kami terima daripada beberapa orang sahabat dan pembaca setia Pahang Daily Online (PDO) yang bertugas di kilang memproses Rare Earth milik Lynas Corporations dari Australia mengatakan terdapat dua orang pekerja kilang tersebut dipercayai "meninggal dunia" di kilang itu hari ini. Menurut sumber, kedua-dua pekerja terbabit adalah berasal dari Sabah dan mereka dipercayai meninggal akibat terhidu bahan kimia yang terdapat di kilang tersebut hari ini. Walau bagaimana pun pihak Lynas terpaksa merahsiakan info ini untuk mengelakkan mereka mendapat malu selepas dua hari lalu portal Free Malaysia Today (FMT) baru saja memohon maaf atas banyak artikel mereka tentang kilang terbabit. Difahamkan, pekerja yang lain telah menguji tahap keselamatan kilang itu selepas insiden ini dengan meletakkan seekor "anjing" sebagai bahan ujikaji. Hasilnya, binatang terbabit juga dipercayai telah mati akibat masalah yang sama. Tahun lalu, seorang pekerja Lynas mati di biliknya dekat Hotel Hyatt gara-gara kes yang sama agaknya. Awal Februari lalu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel menarik diri dari projek tersebut. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Mereka tarik diri kerana tidak yakin dengan risiko keselamatan kilang terbabit. Makanya, kenapa ada pihak yang masih lagi beriya-iya benar mahu mengatakan Lynas selamat?. Pihak kami sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk mengesahkan maklumat dalaman ini. Jika ia benar, maka insiden ini merupakan kematian kedua selepas kes pertama dulu. Pihak Lynas juga digesa agar tidak menyembunyikan maklumat ini demi keselamatan seluruh rakyat Kuantan ini hendaknya.

[Laporan seterusnya menyusul dan PDO sedang menghubungi beberapa orang pegawai Lynas yang mempunyai hubungan erat dengan krew-krew kami di Kuantan. Apapun, semua pihak tidak perlu panik kerana laporan ini masih belum disahkan sepenuhnya. Tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan laporan ini kerana ia diperolehi daripada sumber dalaman yang boleh dipercayai. Apapun, diharapkan agar ianya tidak benar kerana jika terbukti sah sudah pastilah rakyat Kuantan akan terus bangun memberontak dan mendesak kilang itu ditutup dengan segera. Bayangkan, belum pun beroperasi sepenuhnya sudah ada kematian demi kematian yang berlaku terhadap kilang memproses rare earth yang mendapat bantahan majoriti rakyat Kuantan itu sebenarnya. Tunggu informasi lanjut]
SUMBER

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!